Posts

Bersangka Baik

Image
  Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita adalah akibat dari pilihan yang kita pilih pada masa lalu. Dengan menyalahkan sesuatu atas penderitaan yang kita alami adalah satu tindakan yang amat tidak berasas dan ia hanya akan merosakkan diri sendiri sahaja.Sememang nya lumrah manusia mahukan yang terbaik buat diri dan orang sekeliling, tapi mereka lupa sebaik-baik perancangan manusia , lebih baik lagi perancangan ALLAH.  Setiap dugaan itu pasti ada rahmat selepasnya. Bersangka baik lah kepadaNya. Bersabar dan bersyukur lah apabila ditimpa bencana. Yakin seyakin-yakinnya, ALLAH mahu beri hadiah yang lebih baik di masa hadapan. Dengan keyakinan itu pasti kegembiraan itu akan hadir dengan lebih cepat lagi. Tipu lah kalau saya kata saya pun tak sedih bila ditimpa bencana. Saya bagi contoh, ditinggal kekasih atau lebih parah tunang dikebas orang.  Sakit nya tu mesti dalam kan. Ada orang sampai menangis tepi bucu katil berminggu-minggu. Makan pun tak lalu, mengenang masa dan wan...