Bersangka Baik

 

Bersangka Baik/Njah shuri

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita adalah akibat dari pilihan yang kita pilih pada masa lalu. Dengan menyalahkan sesuatu atas penderitaan yang kita alami adalah satu tindakan yang amat tidak berasas dan ia hanya akan merosakkan diri sendiri sahaja.Sememang nya lumrah manusia mahukan yang terbaik buat diri dan orang sekeliling, tapi mereka lupa sebaik-baik perancangan manusia , lebih baik lagi perancangan ALLAH. 

Setiap dugaan itu pasti ada rahmat selepasnya. Bersangka baik lah kepadaNya. Bersabar dan bersyukur lah apabila ditimpa bencana. Yakin seyakin-yakinnya, ALLAH mahu beri hadiah yang lebih baik di masa hadapan. Dengan keyakinan itu pasti kegembiraan itu akan hadir dengan lebih cepat lagi. Tipu lah kalau saya kata saya pun tak sedih bila ditimpa bencana. Saya bagi contoh, ditinggal kekasih atau lebih parah tunang dikebas orang. 

Sakit nya tu mesti dalam kan. Ada orang sampai menangis tepi bucu katil berminggu-minggu. Makan pun tak lalu, mengenang masa dan wang yang sudah dilaburkan. Nak cari pasangan lain lagi. fuhh,, macam-macam yang difikirkan. Hari- hari menangis dan terus menangis, tapi lakukan lah atas sejadah selepas kita memuji-muji nama ALLAH sebab selepas kita selesai mengadu, kita tak rasa apa dah, hati kita ni ibarat kebal. 
Bersangka Baik/ Njah shuri



Mesti korang tak percaya kan. Tak percaya, gi lah buat. Then, baru korang sedar sebenarnya ujian datang tu sebab DIA rindu kat korang. DIA nak dengar rintihan, kesusahan dan permintaan korang. Bukan dia tak tahu apa yang korang alami tapi kalau dia tak panggil korang dengan cara ni, sampai bila2 pun korang tak mahu connect dengan DIA.

Kita semua kena ingat dan hadam, YANG BAIK TAK SEMESTINYA BAIK DAN YANG BURUK TAK SEMESTINYA BURUK. Jalinkan lah connection dengan pencipta kita dan kita akan rasa hidup indah walau pun sendiri sebab DIA sentiasa di sisi. Gittewww.

Bersangka Baik/ Njah shuriBersangka Baik/ Njah shuri


Comments